SEJARAH SEKOLAH

 

       Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Father Barre telah ditubuhkan pada 15 Februari 1933 oleh Rev. Mother Tarcisius daripada komuniti ‘ Infant Jesus Sisters’ ( IJ ). Bangunan asalnya ialah sebuah bangunan kecil bertempat di Jalan Hospital, Sungai Petani. Sekolah ini berpindah ke tapak sekarang di Jalan Kolam Air pada tahun 1951. SMKCFB telah dirasmikan oleh Raja Muda Kedah pada 18 Mei 1951 dan diberi bantuan kerajaan.
        Pada tahun 1957 , sesi petang telah dibuka bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Pada tahun 1968, sekolah telah diasingkan menjadi sekolah   rendah dan sekolah menengah dengan dua pentadbir yang berlainan.
       Pada 8 November 1975, sebuah blok baru yang terdiri daripada makmal sains serba lengkap dan sebuah dewan telah dibuka secara rasmi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.
       Sekolah ini telah berkembang dengan pesat dari setahun ke setahun. Hari ini, SMK Convent Father Barre merupakan salah sebuah sekolah yang unggul di negeri Kedah.