Selamat Datang ke SMK Convent Father Barre, Sg. Petani.

Melalui moto Sekolah "TULUS DENGAN FADILAT, AZAM DENGAN BAKTI", SMK Convent Father Barre Sg. Petani memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:
  • Setiap murid dan guru mestilah mempunyai sikap ikhlas, lurus hati, jujur dan berterus terang untuk membentuk sifat kemuliaan dan ketinggian di sisi Tuhan.
  • Murid-murid dan guru-guru juga metilah berazam dengan kemahuan yang mendalam untuk berbakti dan menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi.
  • Merupakan teras pegangan semangat Sekolah Convent iaitu untuk hidup dalam KASIH dan perkhidmatan yang dicerminkan oleh amalan BERKONGSI, MENGAMBIL BERAT dan KEIKHLASAN melalui :-
  • Keinginan tulen untuk membangunkan komuniti dan masyarakat.
  • Sikap menghormati dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dan kesanggupan untuk berkongsi dengan menolong orang-orang yang lemah dan memerlukan bantuan.
  • Keinginan yang tulen untuk memajukan diri sendiri, kejujuran dan kesanggupan untuk meminta nasihat.